SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Tuesday, November 6, 2012


TERKENANG SEJENAK pengalaman lalu…..

Tanggal 19 hingga 20 Oktober lepas, aku bersama temanku yang lain telah berkampung di Sekolah Menengah Boestamam, Sitiawan, Perak bagi melaksanakan Program Kem Jejak Aspirasi yang bertemakan kepimpinan. Penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan mengusir jauh rasa kekok dan janggal ketika bersama mereka. Bukan mudah untuk melakukan satu-satu program kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi di samping kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan kesuluruhan program di ketika sebelum, semasa dan setelah tamat program.  

Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah kami kutip ketika berada di sini dan ia menjadi satu sandaran dan panduan kepada kami dalam melaksanakan program yang lebih baik pada masa akan datang. Dari sini jugalah, aku dapat belajar tentang pengurusan sesuatu program seperti perihal pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini. Ternyata kursus ini sangat mencabar kemampuan diri. Dan dari sini aku dapat lihat di mana kekuatan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki. TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada  pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini kerana kalian telah memberi ruang dan peluang untuk diri ini belajar dan mengutip pengalaman yang sangat berharga di ketika bersama kalian. 
TERIMA KASIH KALIAN….

Semangat kerjasama dalam kumpulan, berani mengambil risiko, berani mencuba dan berani membuat keputusan ini telah banyak membantu kami dalam menjayakan program ini sebaik mungkin. Rasa syukur tidak terhingga kerana cabaran ini kami dapat galas, dan dari sini terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Aziz kerana memberi kami peluang menyahut cabaran ini.
           


No comments:

Post a Comment