SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Thursday, November 22, 2012



Perkongsian bersama...

j0m puasa es0k... :)

PUASA ‘ASYURA

Sahabat Hikmah..

Besok hari Jumat kita memasuki tanggal 9 Muharam 1434 H, dan hari Sabtu adalah hari ‘asyura tanggal 10 Muharam 1434 H.


Kita disunnahkan banyak berpuasa di bulan Muharam, berdasar hadits :

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sebaik-baik puasa setelah Ramadlan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)


#Puasa Asyura’ (puasa tanggal 10 Muharram)

Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di Madinah, sementara orang-orang yahudi berpuasa Asyura’. Mereka mengatakan: Ini adalah hari di mana Musa menang melawan Fir’aun. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabat: “Kalian lebih berhak terhadap Musa dari pada mereka (orang yahudi), karena itu berpuasalah.” (HR. Bukhari)

Dari Abu Musa Al Asy’ari radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

Dulu hari Asyura’ dijadikan orang yahudi sebagai hari raya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Puasalah kalian.” (HR. Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al Anshari radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa Asyura’, kemudian beliau menjawab: “Puasa Asyura’ menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat.” (HR. Muslim dan Ahmad).Maksudnya dosa-dosa kecil. wallahu'alam...


Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

“Saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memilih satu hari untuk puasa yang lebih beliau unggulkan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura’, dan puasa bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunnah. A’isyah radhiallahu ‘anha mengatakan:

“Dulu hari Asyura’ dijadikan sebagai hari berpuasa orang Quraisy di masa jahiliyah. Setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan sahabat untuk berpuasa. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, beliau tinggalkan hari Asyura’. Siapa yang ingin puasa Asyura’ boleh puasa, siapa yang tidak ingin puasa Asyura’ boleh tidak puasa (sunnah)”. (HR. Bukhari dan Muslim)

#Puasa Tasu’a (puasa tanggal 9 Muharram)

Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau menceritakan:

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa di tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah diwafatkan. (HR. Bukhari)

#Puasa tanggal 11 Muharam

Sebagian ulama berpendapat, dianjurkan melaksanakan puasa tanggal 11 Muharram, setelah puasa Asyura’. Pendapat ini berdasarkan hadits:

“Puasalah hari Asyura’ dan jangan sama dengan model orang yahudi. Puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Bazzar).

Mari kita menjalankan puasa sunnah, baik tanggal 9,10,11 aua tanggal 9-10 atau 10-11 Muharam saja.

Selamat berpuasa 

Tuesday, November 20, 2012


Entry kali adalah berkisarkan serangan di bumi Gaza, Palestin. 




Di sini, di lampirkan secara ringkas laporan yang telah berlaku semalam. 


Ringkasan laporan yang berlaku semalam:

[8:13 malam] Seorang pemuda dikenali sebagai Yousif al-Ustath, 23 terbunuh di Deir al-Balah.

[8:24 malam] Tentera Israel menyasarkan serangan kawasan HAMAS di Gaza dan membunuh Yunis Shaluf. Menurut tentera tersebut, Yunis Shaluf bertanggungjawab bagi serangan roket di Eilat beberapa bulan lalu.


[8:45 malam] Wartawan ketiga terbunuh dalam serangan baru yang dilakukan Israel di Deir al-Balah.

[9:00 malam] Tentera Israel berkata mereka mensasarkan serangan terhadap 2 orang "pengganas" di tengah Gaza.

[9:25 malam] Letupan yang kuat kedengaran di Semenanjung Gaza.

[9:31 malam] 2 beradik Abed Abu Mour, 24 dan Khalid Abu Mour, 19 syahid akibat serangan udara Israel di al-Juneina, di wilayah Rafah.

[9:47 malam] Sumber perubatan melaporkan 2 orang syahid selepas serangan udara yang berlaku di Deir al-Balah. Mereka dikenali sebagai Salim Ayish Abu Sitta dan abangnya Muhammad.

[9:55 malam] Laporan tentang aktivis Palestin merancang membuat demonstrasi Rabu ini bagi memprotes lawatan Setiausaha Amerika Syarikat Hillary Clinton ke ibu pejabat Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah.

sumber: 20/11/2012, web berita Maannews





Untuk itu, marilah kita sama-sama menadah tangan, memanjatkan doa kepada saudara-saudara kita yang berada di sana agar mereka selamat dari kekejaman Yahudi laknatullah itu, dan semoga mereka tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.









 SLOT : CINTA HATI...

PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT UNTUK RENUNGAN BERSAMA SAHABAT LAIN.....

Selaku khalifah di muka bumi Allah ta’ala, manusia adalah makhluk yang telah dicipta Allah dengan kelengkapan satu fitrah bernama cinta. Tanpa cinta bumi Allah ta’ala tidak akan makmur, tidak akan aman dan tidak akan mencapai tingkat baldatun thoiyyibatun wa rabbun ghafur.

Cinta juga lahir dari perkaitan ayat Al-Quran di mana Allah mengaitkan peri penting dua perhubungan iaitu hablun minallah dan hablun minannas. Cinta termasuk dalam aspek sosialiti manusia. Bagaimana manusia itu berinteraksi dan bermu’amalah dengan manusia2 lain di sekelilingnya.

Ramai orang keliru antara cinta, sayang dan kasih. Terkadang dia merasakan bahawa yang merah itu adalah cinta, walhal merah itu adalah nafsu- simbolik yang membahaya dan membinasakan. Ramai orang terpedaya dan tertipu lantas terjatuh ke lembah merah, menempah nama untuk menjadi bahan bakaran api neraka bersama para Jin dan Syaitan. Na’uzubillah.




Hidup Bagai Roda

Kita bicara pula fenomena cinta yang benar2 ingin direalisasi. Bukan semua lelaki jahat, bukan semua wanita baik. Begitu juga sebaliknya. Bahkan di zaman sekarang, wanita lebih ramai yang jahat berbanding lelaki. Jahat yang tersembunyi. Kekejian yang tersirat di benak hati. Dahulu ramai wanita mangsa lelaki, kini wanita semakin ramai menjadi pemangsa kepada lelaki. Mungkin wanita merasakan dalam dunia kebinatangan yang penuh kejahatan ini, tipu daya adalah senjata paling ampuh untuk menghancurkan lelaki.

Islam membuka ruang dan peluang kepada mereka yang ingin bercinta. Islam menganjurkan nikah. Nikah adalah sunnah Nabi. Syariat Islam bergembira bilamana ada seorang lelaki yang tulus ikhlas melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri. Bahkan dianjurkan pula supaya lamaran dari seorang lelaki yang baik dan beriman serta diyakini agamanya untuk diterima dan tidak ditolak.

Dalam sepotong hadith Nabi s.a.w mengingatkan :

” Apabila datang ( melamar ) kepadamu seorang lelaki yang kamu yakini akhlak dan agamanya, maka kahwinkanlah dia. Sekiranya tidak maka akan berlaku kerosakan dan fitnah yang besar di atas muka bumi “

Realiti zaman kini, jarang lelaki akan terus melamar tanpa terlebih dahulu mengenali. Ia mungkin suatu fleksibeliti yang tidak ditegah, cuma harus dikawal. Berkawan, mengenali hati budi terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang bijak. Asal sahaja dijauhkan dan dielakkan dari aspek2 negatif atau pergaulan yang melampaui undang2 syara’.

Atas fenomena inilah timbulnya cinta palsu, perasaan dipermainkan, bertepuk sebelah tangan dan sebagainya. Ia mungkin berlaku disebabkan pihak lelaki, dan tidak kurang juga berpunca dari pihak wanita. Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.

Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?

Kita seringkali mendengar kisah tentang kambing bertanduk dan tidak bertanduk. Di dunia, kambing tidak bertanduk seringkali menjadi mangsa kambing yang memiliki tanduk. Akibatnya di akhirat, Allah hilangkan tanduk pada kambing tersebut dan tumbuhkan tanduk pada kambing yang satu lagi. Lantas kambing pertama menerima kembali balasan dan kesakitan yang dirasai oleh kambing kedua.

Adakah kira2 Allah itu alpa dari kezaliman yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia yang lain? Apatah lagi soal yang melibatkan hati serta perasaan. Kita seringkali diingatkan bahawa hidup umpama roda. Hari ini kita menindas, esok hari orang lain pula menindas dan menzalimi kita. Balasan tetap akan datang. Kesakitan itu tetap akan kita rasai. Samada lelaki atau wanita, apabila mereka mempermainkan soal hati dan perasaan terhadap seseorang yang lain, pasti akan menerima balasan yang sama suatu masa nanti.Kisah Benar

Terbaca suatu kisah benar tentang ini. Bagaimana seorang wanita yang awalnya seorang yang baik akhlak dan agamanya, namun mempermainkan perasaan lelaki2 yang berniat ikhlas melamarnya. Dengan kelebihan rupa paras yang ada, dia mengumpan sebilangan lelaki meminati dan menaruh harapan ke atasnya, kemudian akhirnya dipermain dan diper*****kan. Selang dua tahun, wanita tersebut tidak juga menemukan cinta sejati yang dicari. Putera kayangan yang diimpikan, malapetaka yang menimpa diri. Wanita tersebut akhirnya terlanjur atas nama cinta. Cinta yang palsu.

Begitu juga dengan sebilangan kisah2 lelaki dan wanita yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.

Adakah kira2 ini tidak termasuk soal agama? Siapa yang merencana dan berada di sebalik tabir kesemua yang berlaku? Bukankah Dia adalah Allah? Pencipta cinta yang wajib dicinta ? Dan lupakan kita bahawa Dia amat benci kepada kezaliman?Taubat Cinta

Sedar atau tidak, Allah telah mengajar kita banyak perkara. Mungkin juga sebagai kifarah atas kekhilafan silam. Mungkin dahulu kita juga pernah menzalimi perasaan orang, mungkin orang yg mencintai kita, atau kedua ibu-bapa kita, atau sesiapa sekali pun, kini Allah datangkan kesakitan yang sama sebagai muhasabah dosa. Makna cinta yang sebenar tidak mudah dikesan dimata , tidak menyakitkan , tidak hipokrit , bahkan aman dan bahagia dalam rahmat Allah sepanjang masa.

Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :


 
” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘

Sunday, November 18, 2012


SELAMAT bertemu kembali SETELAH lama tidak bersua... 
sedikit coretan untuk renungan sejenak...






        kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu bergantung kpd orang lain untuk melakukan sesuatu perkara. namun, harus diingat...!!! ia bukan brmaksud kita perlu terus menerus bergantung harap kepada orang lain... di sinilah, perlunya pupukan SIKAP BERDIKARI dalam diri masing-masing. cuba ajar diri kita supaya menjadi seorang yang BERDIKARI, bermula sedikit demi sedikit... SELANGKAH DEMI SELANGKAH... jangan risau, usaha keras akan membuahkan hasil yg lumayan. pembentukan peribadi harus dikuatkan dengan usaha tanpa jemu. jadilah orang yg boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam semua hal, agar DI SUATU SAAT, di ketika kita keseorangan, diri kita tidak terawang-awang dan mampu berdikari dan memilih cara tersendiri untuk menempuh hari mendatang...insyaallah...

Thursday, November 8, 2012



"jom jadi INSAN POSITIF".




"Sedikit perkongsian untuk kalian, 
insan yang ku sayangi…"


Wednesday, November 7, 2012

RENUNGKAN lah walau sedetik...



KISAH 'KASIH SAYANG', 'KEJAYAAN' dan 'KEKAYAAN'

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk menjadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

“Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Tuesday, November 6, 2012


KENANGan lalu yang MENINGGALkan 1000 erti …..

perjalanan bermula




pelbagai persiapan telah dibuat

bersemangat yea kakak-kakak membalut hamper...


nee lah hasilnya bertungkus lumus satu malam...

berada di sekolah sebelum program bermula...huhhh x sabo..



tak sabar bertemu adek-adekku.....






kamu sangat happening...luv u olls

slot bermula...





mari berjoget...ewahhhh eh



                                      




 makan time...yummy...jom mammm...




solat jemaah dan tazkirah bersama ustaz kita...





take 5...REHAT sebentar...JOM BERURUT..




 .....HANYA SELINGAN.....


 mARI MELUKIS BERSAMAKU...



 perpisahan itu BUKAN BERMAKNA KITA TERUS TERPUTUS HUBUNGAN ..




SUNGGUH kami rindu saat bersama kalian...
semoga kejayaan milik kalian...
kalian bakal PEMIMPIN yg HEBAT...(^_^)
moga bertemu kembali di lain ketika...


TERKENANG SEJENAK pengalaman lalu…..

Tanggal 19 hingga 20 Oktober lepas, aku bersama temanku yang lain telah berkampung di Sekolah Menengah Boestamam, Sitiawan, Perak bagi melaksanakan Program Kem Jejak Aspirasi yang bertemakan kepimpinan. Penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan mengusir jauh rasa kekok dan janggal ketika bersama mereka. Bukan mudah untuk melakukan satu-satu program kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi di samping kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan kesuluruhan program di ketika sebelum, semasa dan setelah tamat program.  

Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah kami kutip ketika berada di sini dan ia menjadi satu sandaran dan panduan kepada kami dalam melaksanakan program yang lebih baik pada masa akan datang. Dari sini jugalah, aku dapat belajar tentang pengurusan sesuatu program seperti perihal pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini. Ternyata kursus ini sangat mencabar kemampuan diri. Dan dari sini aku dapat lihat di mana kekuatan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki. TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada  pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini kerana kalian telah memberi ruang dan peluang untuk diri ini belajar dan mengutip pengalaman yang sangat berharga di ketika bersama kalian. 
TERIMA KASIH KALIAN….

Semangat kerjasama dalam kumpulan, berani mengambil risiko, berani mencuba dan berani membuat keputusan ini telah banyak membantu kami dalam menjayakan program ini sebaik mungkin. Rasa syukur tidak terhingga kerana cabaran ini kami dapat galas, dan dari sini terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Aziz kerana memberi kami peluang menyahut cabaran ini.
           



Entah apa pekerjaan aku nanti ???..........

Untuk individu yang mempunyai pemikiran begini, anda adalah seorang yang BAGUS kerana berfikir mengenai masa hadapan. Dan LEBIH BAGUS apabila anda bertindak berjumpa dengan kaunselor anda untuk mengadakan sesi kaunseling kerjaya. Hal ini kerana melalaui sesi ini kamu akan tahu bagaimana caranya  merancang kerjaya kamu pada masa hadapan. Bagi adik-adik di sekolah , kamu boleh terus berjumpa dengan kaunselor sekolah kerana kaunselor mempunyai banyak maklumat yang sangat kamu perlukan dalam membina kerjaya impian masa hadapan. INGAT, berjumpalah dengan kaunselor sekolah untuk merancang kerjaya impian masing-masing dari sekarang.



Jom kita lihat apa yang dikatakan KAUNSELING KERJAYA ini.

Di sini, saya selitkan sedikit penjelasan mengenai kaunseling kerjaya untuk kamu memahaminya.
Salah satu sumber bagi memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu bidang atau jenis kerjaya ialah dengan menggunakan khidmat kaunseling kerjaya. Hansen, Stevic dan Warner (1986) menjelaskan tentang peranan dan fungsi kaunseling kerjaya. Antaranya ialah;
*    klien cuba memperbaiki peluangnya dalam mendapatkan pekerjaan, memandangkan kaunselor mungkin mempunyai maklumat tentang potensi peluang-peluang pekerjaan.
*    Kaunselor boleh membantu kliennya di dalam proses penyesuaian kerja yang akan membezakan di antara perkembangan sesuatu kerja itu dan sebaliknya.
*    Kaunselor boleh menyediakan bantuan dan pertolongan kepada klien agar klien memahami kebaikan dan keburukan sesuatu pekerjaan.



1.       Memahami corak khas ciri-ciri peribadi (kebolehan, minat, sikap dan nilai)

2.     Mencapai satu konsep diri yang positif (maruah diri, harga diri dan menghormati keunikan diri seseorang)

3.     Memahami berjenis-jenis pekerjaan dan komponen pekerjaan dan peluang-peluang kerjaya yang ada

4.    Memahami perhubungan di antara peluang pendidikan dengan keperluan pekerjaan atau pekerjaan

5.     Menentukan ciri-ciri asas dan kelulusan berhubung dengan persediaan dan prestasi peranan pelbagai pekerjaan


6.     Memahami konsep ‘cara kehidupan’  dan hubungannya dengan perkembangan kerjaya

7.     Mempelajari bagaimana menggunakan dengan berkesan pelbagai sumber mencari sesuatu maklumat

8.     Membina strategi membuat pilihan yang berkesan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankannya.  


KAUNSELING KELOMPOK

Apa yang kita faham mengenai kaunseling kelompok…???

Kaunseling kelompok adalah satu proses yang menghubungkan individu dalam sekumpulan orang secara dinamik tentang tingkah laku dan pemikiran yang timbul yang melibatkan proses memperakui kenyataan, meluahkan perasaan, saling mempercayai, saling memahami, dapat menerima sesame ahli dan memperoleh sokongan.

Menurut Corey (dlm. Zuraidah Abdul Rahman, 1996), tujuan kaunseling kelompok ialah untuk mencegah dan mengubat. Ia mementingkan perhubungan individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran dan perasaan secara sedar.

Trotzer (1977) pula mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai perkembangan antara individu. Perhubungan ini mempunyai cirri-ciri seperti kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan fahaman. Kumpulan ini terdiri daripada seorang kaunselor dan beberapa orang klien yang bertemu dengan tujuan menolong antara satu sama lain untuk menghadapi masalah-masalah dalam hidup serta mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.





Beberapa kajian telah dijalankan dan mendapati kaunseling kelompok berkesan dalam mengurangkan tahap tekanan dan kesan-kesannya seperti kepuasan kerja, strategi berdaya tindak dan sokongan social.



Ketenangan yang dicari...
Moga memperoleh damai di hati...




Monday, November 5, 2012


Bicara buat guru

Ingin sekali aku
Berdiri tegak di persadamu
Mengenal setitik budi
Menghirup secangkir kasih

Ingin sekali aku
Berdiri di anjung kasihmu
Memetik sabuah keikhlasan
Menghampar selautan harapan

Ingin sekali aku
Bersamamu menyanyikan lagu mesra
Bertepuk utuh pasakmu teguh
Ini anak-anak merdeka
Perlu kau merdekakan jiwanya



Ingin sekali aku
Berada di takhta muliamu
Mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
Mendukung keagungan , melempar gusar
Daripada jiwa anak didik mu


Ingin sekali aku
Berkongsi kerinduanmu
Tatkala mereka tidak bersamamu
Bangga dengan mutiara
Berjabat erat, bersapa mesra
Ketika kau ketemukan mereka di jalanan