SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Tuesday, November 20, 2012


Entry kali adalah berkisarkan serangan di bumi Gaza, Palestin. 




Di sini, di lampirkan secara ringkas laporan yang telah berlaku semalam. 


Ringkasan laporan yang berlaku semalam:

[8:13 malam] Seorang pemuda dikenali sebagai Yousif al-Ustath, 23 terbunuh di Deir al-Balah.

[8:24 malam] Tentera Israel menyasarkan serangan kawasan HAMAS di Gaza dan membunuh Yunis Shaluf. Menurut tentera tersebut, Yunis Shaluf bertanggungjawab bagi serangan roket di Eilat beberapa bulan lalu.


[8:45 malam] Wartawan ketiga terbunuh dalam serangan baru yang dilakukan Israel di Deir al-Balah.

[9:00 malam] Tentera Israel berkata mereka mensasarkan serangan terhadap 2 orang "pengganas" di tengah Gaza.

[9:25 malam] Letupan yang kuat kedengaran di Semenanjung Gaza.

[9:31 malam] 2 beradik Abed Abu Mour, 24 dan Khalid Abu Mour, 19 syahid akibat serangan udara Israel di al-Juneina, di wilayah Rafah.

[9:47 malam] Sumber perubatan melaporkan 2 orang syahid selepas serangan udara yang berlaku di Deir al-Balah. Mereka dikenali sebagai Salim Ayish Abu Sitta dan abangnya Muhammad.

[9:55 malam] Laporan tentang aktivis Palestin merancang membuat demonstrasi Rabu ini bagi memprotes lawatan Setiausaha Amerika Syarikat Hillary Clinton ke ibu pejabat Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah.

sumber: 20/11/2012, web berita Maannews





Untuk itu, marilah kita sama-sama menadah tangan, memanjatkan doa kepada saudara-saudara kita yang berada di sana agar mereka selamat dari kekejaman Yahudi laknatullah itu, dan semoga mereka tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.








No comments:

Post a Comment