SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Tuesday, October 30, 2012

^_^ .......^_^


Psikoterapi
Umumnya, psikoterapi merupakan satu bidang yang berfokuskan kepada masalah serius yang berhubungkait dengan isu-isu dan konflik diri. Psikoterapi juga menekankan kepada isu-isu masa lampau yang mana kadang-kadang ia menjadi punca kepada permasalahan sekarang. Di sini, ahli terapi akan bertindak sebagai seorang pakar dalam membantu individu tersebut.
Perbezaaan Antara Kaunseling Dan Psikoterapi
Aspek
Kaunseling
Psikoterapi
Fokus
Perkembangan:
Membimbing kemahiran daya tindak untuk memudahkan perkembangan dan mengatasi dari masalah berterusan

Pemulihan:
Membantu klien mengatasi masalah yang timbul seperti kebimbingan dan kemurungan.
Masalah klien
Klien diselubungi “ masalah yang wujud” seperti kesukaran dalam perhubungan atau memerlukan pertolongan yang khusus seperti pemilihan kerjaya.

Masalah klien lebih kompleks dan melibatkan penggunaan prosedur dianogsis untuk menentukan jika klien terlibat dengan mental disorder.
Matlamat
 Jangka pendek (resolusi terhadap masalah yang timbul.
Jangka pendek dan jangka panjang.
Matlamat jangka panjang melibatkan proses seperti menolong klien mengatasi mental disorder.

Pendekatan
Pendekatan pencegahan dan pelbagai strategi kaunseling untuk membantu klien

Psikoteraputik yang kompleks.
Strategi yang diigunakan melibatkan proses alam sedar dan tidak sedar.
Setting
Pelbagai setting seperti sekolah, pusat agama, dan pelbagai agensi swasta dan kerajaan
Khususnya dijalankan oleh amalan persendirian, hospital dan klinik kesihatan mental.

^_^ ^_^



Bimbingan
Awalnya, bimbingan berlaku di sekolah, iaitu guru membantu pelajar membuat keputusan untuk menyambung pelajaran mereka dalam bidang vokasional dan bidang pengajian lain. Namun kini, bimbingan ini adalah salah satu bahagian dari keseluruhan  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


Definisi bimbingan:
Menurut Gladding (2000), bimbingan merupakan proses membantu membuat keputusan penting dalam hidup yang mana ia akan mempengaruhi kehidupannya. Bimbingan juga dilihat sebagai memberi perkhidmatan kepada orang yangnormal dan proses yang menunjukkan satu usaha berterusan untuk mencapai matlamat. Ia juga membantu individu memahami dirinya dan dunia disekeliling supaya individu tersebut boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya (Suradi, 1997).
Ringkasnya, bimbingan merupakan pertolongan yang positif dari seseorang pembimbing kepada seseorang individu yang mana ia tidak mengira peringkat umur sekali pun.  Menurut Zulkifli (1992), bimbingan ini mempunyai tiga sifat berikut:


Bil
Sifat
Keterangan
1.
Bimbingan dilakukan secara terus menerus
 -ia adalah aktiviti yang tersusun, dirancang, berterusan, mengarah kepada satu tujuan iaitu sentiasa diberi terus menerus sehingga individu mencapai tujuan dan penyelesaian dirinya.
2.
Proses membantu individu atau kumpulan
           -bimbingan tidak memaksa seseorang mengikut arah tertentu, Pilihan ditentukan oleh individu.
      -Proses yang bercorak demokrasi
      -Perlukan teknik yang sesuai
3.
Bantuan diberikan kepada yang memerlukan
  -Bimbingan memberikan  bantuan kepada setiap individu tanpa mengira jantina, had umur, dan peringkat persekolah.


Perbezaaan antara kaunseling dengan bimbingan
Aspek
Bimbingan
Kaunseling
Fokus
Membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya
Membantu individu membuat perubahan.

matlamat kaunseling



Matlamat kaunseling
Biasanya matlamat kaunseling mestilah mengikut kesesuaian dan kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Bermakna ia mestilah dipersetujui bersama antara kaunselor dan klien. Muhd Mansur Abdullah (1993) mengambil beberapa matlamat kaunseling yang diberikan oleh pakar-pakar psikologi dan pakar tingkah laku dan membahagikan matlamat kaunseling ini secara umumnya kepada enam perkara seperti di bawah:

J Menyediakan perubahan tingkah laku
J Membantu membuat keputusan
J Membentuk kemahiran daya tindak
J Mempunyai kerasionalan individu
J Mengajar klien untuk bertanggunggjawab ke atas dirinya
J Memperbaiki imej yang negatif


Tuesday, October 16, 2012

keep remember this...alwaysss!!!

"if you take a chance in life ,sometimes good things happen, sometimes bad things happen. But honey, if you dont take a chance... NOTHING happens."

menjadi diri sendiri......

http://www.youtube.com/watch?v=2CQ5BOfrfew

Hujung minggu nee aku bersama teman seperjuangan bakal berhadapan dengan pelajar sekolah... program ini adalah di bawah kelolaan kmi sendiri...byk perkara telah dilakukan...KETERUJAAN untuk ke sekolah itu sangat tinggi...sungguhpun begitu, kerisauan tetap bermaharajalela dek kerana ini adalah kali pertama kami melangkah ke sekolah tanpa pensyarah atau senior di sisi. dari A to Z...semua persiapan dilakukan sendiri...sem0ga ALLAH akan permudahkan program ini seperti yang telah dirancang. Mudah-mudahan pelajar-pelajar ini bukan hanya bersuka ria gembira tetapi mendapat input-input yang berguna serta mencapai objektif seperti yang telah kami tetapkan.

~gud luck t0o my team n myself t0o~

:: menjadi diriku ::

contoh terBAEKkkkk...harus tg0k nee..

http://pusaka01.blogspot.com/

Monday, October 15, 2012

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kaunseling???

1)Menurut corey dan corey (2004) kaunseling adalah proses apabila seorang klien diberi peluang untuk   

   meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.

  •  Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya.
  •  Proses ini diharap akan dapat menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat atau kebolehan untuk hidup dengan lebih sempurna.
2) Akta kaunselor (1998) mendefinisikan kaunseling sebagai proses sistematik untuk membantu perhubungan  berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanankan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Ringkasnya: kaunseling itu adalah satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada kaunselor. Ia bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian atau mencari punca bagi bebanan yang ditanggung oleh klien.

Friday, October 12, 2012

SEKADAR perkongsian bersama... sharing is caring... :):):)




Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, Tak sanggup aku... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang”



Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana.
Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya ALLAH SWT bersama dengan kita "

❤ {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-) ❤

:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::

❤ {:-)≈ AKAN TERUSS*Muhasabah diri*PÉRBÄìKì DìRì* (<:-) ❤

~ ALLAH SWT MELIHAT ~ MALAIKAT MENCATAT ~