KISAH
'KASIH SAYANG', 'KEJAYAAN' dan 'KEKAYAAN'
Seorang wanita sedang
keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut
panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan
mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi
saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan
sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang
ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk
ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu
masuk ke dalam.
"Kami tidak akan
masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab. "Mengapa
begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun
menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk ke
arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih
Sayang."
Dia menyambung lagi," Sekarang
masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di
antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun
masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya
berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia
berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan
mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu
perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang
lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik
sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi
dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita
tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih
Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya
kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih
Sayang? Silalah masuk menjadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula
berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma
menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua
menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan
tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang,
kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
“Dimana ada Kasih
Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
No comments:
Post a Comment