SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Tuesday, October 30, 2012

^_^ ^_^



Bimbingan
Awalnya, bimbingan berlaku di sekolah, iaitu guru membantu pelajar membuat keputusan untuk menyambung pelajaran mereka dalam bidang vokasional dan bidang pengajian lain. Namun kini, bimbingan ini adalah salah satu bahagian dari keseluruhan  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


Definisi bimbingan:
Menurut Gladding (2000), bimbingan merupakan proses membantu membuat keputusan penting dalam hidup yang mana ia akan mempengaruhi kehidupannya. Bimbingan juga dilihat sebagai memberi perkhidmatan kepada orang yangnormal dan proses yang menunjukkan satu usaha berterusan untuk mencapai matlamat. Ia juga membantu individu memahami dirinya dan dunia disekeliling supaya individu tersebut boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya (Suradi, 1997).
Ringkasnya, bimbingan merupakan pertolongan yang positif dari seseorang pembimbing kepada seseorang individu yang mana ia tidak mengira peringkat umur sekali pun.  Menurut Zulkifli (1992), bimbingan ini mempunyai tiga sifat berikut:


Bil
Sifat
Keterangan
1.
Bimbingan dilakukan secara terus menerus
 -ia adalah aktiviti yang tersusun, dirancang, berterusan, mengarah kepada satu tujuan iaitu sentiasa diberi terus menerus sehingga individu mencapai tujuan dan penyelesaian dirinya.
2.
Proses membantu individu atau kumpulan
           -bimbingan tidak memaksa seseorang mengikut arah tertentu, Pilihan ditentukan oleh individu.
      -Proses yang bercorak demokrasi
      -Perlukan teknik yang sesuai
3.
Bantuan diberikan kepada yang memerlukan
  -Bimbingan memberikan  bantuan kepada setiap individu tanpa mengira jantina, had umur, dan peringkat persekolah.


Perbezaaan antara kaunseling dengan bimbingan
Aspek
Bimbingan
Kaunseling
Fokus
Membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya
Membantu individu membuat perubahan.

No comments:

Post a Comment