SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku (@_@) (@_@)

SaNtAi sEkEtikA bERsaMa-ku  (@_@) (@_@)

lurf


Tuesday, November 6, 2012


TERKENANG SEJENAK pengalaman lalu…..

Tanggal 19 hingga 20 Oktober lepas, aku bersama temanku yang lain telah berkampung di Sekolah Menengah Boestamam, Sitiawan, Perak bagi melaksanakan Program Kem Jejak Aspirasi yang bertemakan kepimpinan. Penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan mengusir jauh rasa kekok dan janggal ketika bersama mereka. Bukan mudah untuk melakukan satu-satu program kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi di samping kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan kesuluruhan program di ketika sebelum, semasa dan setelah tamat program.  

Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah kami kutip ketika berada di sini dan ia menjadi satu sandaran dan panduan kepada kami dalam melaksanakan program yang lebih baik pada masa akan datang. Dari sini jugalah, aku dapat belajar tentang pengurusan sesuatu program seperti perihal pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini. Ternyata kursus ini sangat mencabar kemampuan diri. Dan dari sini aku dapat lihat di mana kekuatan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki. TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada  pihak sekolah, pihak universiti, pensyarah, rakan-rakan serta adik-adik yang telah menyertai program ini kerana kalian telah memberi ruang dan peluang untuk diri ini belajar dan mengutip pengalaman yang sangat berharga di ketika bersama kalian. 
TERIMA KASIH KALIAN….

Semangat kerjasama dalam kumpulan, berani mengambil risiko, berani mencuba dan berani membuat keputusan ini telah banyak membantu kami dalam menjayakan program ini sebaik mungkin. Rasa syukur tidak terhingga kerana cabaran ini kami dapat galas, dan dari sini terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Aziz kerana memberi kami peluang menyahut cabaran ini.
           



Entah apa pekerjaan aku nanti ???..........

Untuk individu yang mempunyai pemikiran begini, anda adalah seorang yang BAGUS kerana berfikir mengenai masa hadapan. Dan LEBIH BAGUS apabila anda bertindak berjumpa dengan kaunselor anda untuk mengadakan sesi kaunseling kerjaya. Hal ini kerana melalaui sesi ini kamu akan tahu bagaimana caranya  merancang kerjaya kamu pada masa hadapan. Bagi adik-adik di sekolah , kamu boleh terus berjumpa dengan kaunselor sekolah kerana kaunselor mempunyai banyak maklumat yang sangat kamu perlukan dalam membina kerjaya impian masa hadapan. INGAT, berjumpalah dengan kaunselor sekolah untuk merancang kerjaya impian masing-masing dari sekarang.



Jom kita lihat apa yang dikatakan KAUNSELING KERJAYA ini.

Di sini, saya selitkan sedikit penjelasan mengenai kaunseling kerjaya untuk kamu memahaminya.
Salah satu sumber bagi memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu bidang atau jenis kerjaya ialah dengan menggunakan khidmat kaunseling kerjaya. Hansen, Stevic dan Warner (1986) menjelaskan tentang peranan dan fungsi kaunseling kerjaya. Antaranya ialah;
*    klien cuba memperbaiki peluangnya dalam mendapatkan pekerjaan, memandangkan kaunselor mungkin mempunyai maklumat tentang potensi peluang-peluang pekerjaan.
*    Kaunselor boleh membantu kliennya di dalam proses penyesuaian kerja yang akan membezakan di antara perkembangan sesuatu kerja itu dan sebaliknya.
*    Kaunselor boleh menyediakan bantuan dan pertolongan kepada klien agar klien memahami kebaikan dan keburukan sesuatu pekerjaan.



1.       Memahami corak khas ciri-ciri peribadi (kebolehan, minat, sikap dan nilai)

2.     Mencapai satu konsep diri yang positif (maruah diri, harga diri dan menghormati keunikan diri seseorang)

3.     Memahami berjenis-jenis pekerjaan dan komponen pekerjaan dan peluang-peluang kerjaya yang ada

4.    Memahami perhubungan di antara peluang pendidikan dengan keperluan pekerjaan atau pekerjaan

5.     Menentukan ciri-ciri asas dan kelulusan berhubung dengan persediaan dan prestasi peranan pelbagai pekerjaan


6.     Memahami konsep ‘cara kehidupan’  dan hubungannya dengan perkembangan kerjaya

7.     Mempelajari bagaimana menggunakan dengan berkesan pelbagai sumber mencari sesuatu maklumat

8.     Membina strategi membuat pilihan yang berkesan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankannya.  


KAUNSELING KELOMPOK

Apa yang kita faham mengenai kaunseling kelompok…???

Kaunseling kelompok adalah satu proses yang menghubungkan individu dalam sekumpulan orang secara dinamik tentang tingkah laku dan pemikiran yang timbul yang melibatkan proses memperakui kenyataan, meluahkan perasaan, saling mempercayai, saling memahami, dapat menerima sesame ahli dan memperoleh sokongan.

Menurut Corey (dlm. Zuraidah Abdul Rahman, 1996), tujuan kaunseling kelompok ialah untuk mencegah dan mengubat. Ia mementingkan perhubungan individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran dan perasaan secara sedar.

Trotzer (1977) pula mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai perkembangan antara individu. Perhubungan ini mempunyai cirri-ciri seperti kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan fahaman. Kumpulan ini terdiri daripada seorang kaunselor dan beberapa orang klien yang bertemu dengan tujuan menolong antara satu sama lain untuk menghadapi masalah-masalah dalam hidup serta mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.





Beberapa kajian telah dijalankan dan mendapati kaunseling kelompok berkesan dalam mengurangkan tahap tekanan dan kesan-kesannya seperti kepuasan kerja, strategi berdaya tindak dan sokongan social.



Ketenangan yang dicari...
Moga memperoleh damai di hati...




Monday, November 5, 2012


Bicara buat guru

Ingin sekali aku
Berdiri tegak di persadamu
Mengenal setitik budi
Menghirup secangkir kasih

Ingin sekali aku
Berdiri di anjung kasihmu
Memetik sabuah keikhlasan
Menghampar selautan harapan

Ingin sekali aku
Bersamamu menyanyikan lagu mesra
Bertepuk utuh pasakmu teguh
Ini anak-anak merdeka
Perlu kau merdekakan jiwanya



Ingin sekali aku
Berada di takhta muliamu
Mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
Mendukung keagungan , melempar gusar
Daripada jiwa anak didik mu


Ingin sekali aku
Berkongsi kerinduanmu
Tatkala mereka tidak bersamamu
Bangga dengan mutiara
Berjabat erat, bersapa mesra
Ketika kau ketemukan mereka di jalanan







kata-kata seorang sahabat yg ak hormati...
moga mnjadi ingtn bukn padaku sja tapi semua insan...

"Berjalanlah dengan penuh harapan.....walau hidup ini tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah 1senyuman.....walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan....walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan....walau ingin menyatakan kebenaran, 
Hiduplah dalam Iman....walau hari dipenuhi dugaan,
Berpeganglah kepada Allah....walau Dia tak kelihatan,
Bukti kasih-NYA....kita wujud didunia pinjaman ini.


 
Ada hikmahnya apabila berlaku sesuatu perkara...

Yakinlah dgn penuh kesungguhan.....
Tuhan menguji setiap hamba-NYA yang mengakui keimanan kepada-NYA hanyalah utk menguji sejauh mana kecintaan kita kpd-NYA...

Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik....
kerana hidup tak semudah itu...
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...

Moga penat lelah perit jerih ku selama ini dihargai Ilahi....walau dicemuh insani..."

p/s : pesanan utk diri ini yang penuh dengan kekhilafan...

Sunday, November 4, 2012

...kEep stR0nGEr aLL my dEar...



let everyone know...
that today ...
you are a lot stronger... 
than you were yesterday... 

and you will be insya-Allah...