P0st PERTAMA DALAM TAHUN 2013…
H0PEFULLY suma akan enj0y spent time kt Blog nee..
SELAMAT TAHUN BARU UTK KALIAN even dh trlambt 3
hari…HUHU..
aPABILA KEHIDUPAN ANDA SEAKAN TERLALU PENUH DAN
TAMPAK SUKAR UNTUK DIURUSKAN, APABILA 24 JAM SEHARI SEPERTI TIDAK MENCUKUPI,
INGATLAH KISAH "bALANG mAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI INI..."
Di dalam sebuah
kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di
hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula
dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan
bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian
mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang
telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut
dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh,
pelajarnya lantas menjawab "ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor
tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya
ke dalam balang tersebut.Pasir yang dituang
mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya
lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan
yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan
dua cawan kopi dari bawah
mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi
batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang
terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat
tindakan profesor tersebut.
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang
dahulu..." "... anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan
bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa
dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk
perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil
perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa
gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa
pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk
membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambilberat akan bola
golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan.
Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya
apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.
"Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira
bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua
kopi bersama rakan-rakan..."
selingan hasil c0py paste utk kalian.. SARANGHAEEE...
No comments:
Post a Comment